awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Bomba bantu pindah calon SPM ke asrama

Bernama
Bernama
15/01/2025
01:00 MYT
Banjir: Bomba bantu pindah calon SPM ke asrama
Pelajar kemudian diserahkan kepada warden asrama untuk tindakan selanjutnya. - Gambar hiasan
KAPIT: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak membantu memindahkan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari kediamannya di rumah panjang ke asrama sekolah.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak dalam satu kenyataan awal hari ini memaklumkan pihaknya menerima panggilan daripada seorang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kapit 2 pada 10.34 malam tadi.
"Berikutan itu pasukan keluaran operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit telah dihantar segera ke lokasi.
"Jalan keluar di rumah panjang yang terletak di Sungai Sibau, Jalan Bukit Goram, Kapit itu dinaiki air banjir setinggi lebih 1.2 meter," menurut kenyataan itu.
Pihak Bomba bertindak memindahkan pelajar dari rumah panjang ke sekolah berkenaan menggunakan bot gentian fiber milik Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (SDMC) Pejabat Daerah Kapit.
"Pelajar kemudian diserahkan kepada warden asrama untuk tindakan selanjutnya," menurut kenyataan itu..
Banjir di kawasan rumah panjang berkenaan masih terkawal kerana bertiang dan paras air dari lantai rumah adalah kira-kira 2.1 meter.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir2024
#monsun timur laut
#Bah Kuning
#calon SPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan