awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Luluh hati ibu lihat anak cuba kejut adik maut dalam nahas
Sekumpulan individu lepaskan tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul
Rhodes vs Orton, Punk vs Reigns, IShowSpeed 'sertai' The Vision. Ini apa kita tahu tentang WrestleMania 42
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Kedah, Perlis semakin pulih

Astro Awani
Astro Awani
26/09/2017
03:18 MYT
Banjir di Kedah, Perlis semakin pulih
Banjir di Kangar, Perlis pada 21 Sept 2017. Keadaan banjir di Perlis kini beransur pulih dengan hanya lapan pusat pemindahan masih beroperasi. -Gambar fail
Jumlah mangsa banjir kilat yang ditempatkan di pusat pemindahan di Kedah menurun kepada 1,736 orang pagi ini.
Setakat ini, 14 pusat pemindahan masih beroperasi iaitu sembilan di Kota Setar, dua di Pokok Sena, dua di Kubang Pasu, sementara satu di Pendang.
Situasi banjir di Kedah dijangka semakin pulih dengan keadaan cuaca yang semakin baik.
Sementara itu di Perlis, keadaan banjir di negeri itu juga beransur pulih dengan hanya lapan pusat pemindahan masih beroperasi iaitu lima di Parlimen Kangar dan tiga di Parlimen Arau.
Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Perlis memaklumkan sehingga pukul 9 pagi ini terdapat 1,011 mangsa daripada 286 keluarga berada di 11 pusat pemindahan.
Manakala kesemua enam pusat pemindahan di Parlimen Padang Besar sudah ditutup.
Topic Berkaitan
#banjir
#Kedah
#mangsa banjir
#Perlis
#pusat pemindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan