awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Kelantan semakin pulih, hanya 122 mangsa di tiga PPS

Bernama
Bernama
25/12/2020
02:35 MYT
Banjir di Kelantan semakin pulih, hanya 122 mangsa di tiga PPS
Sekiranya trend penurunan paras air sungai berterusan, lebih ramai mangsa yang masih berada di PPS akan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing. - Gambar fail
KOTA BHARU:Banjir di Kelantan semakin pulih dengan jumlah mangsa berkurangan kepada 122 orang daripada 39 keluarga pagi ini, berbanding 307 orang daripada 123 keluarga semalam.
Berdasarkan aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat 9 pagi, tiga pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di Pasir Mas melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh yang menempatkan jumlah mangsa tertinggi seramai 44 individu, SK Bakong (43) dan SK Kedai Tanjong (35).
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Imran Ismail berkata paras air Sungai Golok di Rantau Panjang mencatat bacaan melepasi tahap amaran setinggi 8.42 meter (m) (amaran 8 m).
"Paras air sungai berkenaan menunjukkan trend penurunan berbanding semalam yang merekodkan tahap bahaya 9.55 m (bahaya 9 m) memandangkan tiada hujan lebat sejak dua hari lepas dan jika ada pun, hanya sesekali hujan renyai," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata sekiranya keadaan itu berterusan, lebih ramai mangsa yang masih berada di PPS akan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Katanya sehingga kini, tiada laluan utama ditutup kepada pengguna jalan raya.
Dalam pada itu, mengikut laporan infobanjir.water.gov.my, Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat merekodkan bacaan melepasi paras amaran setinggi 2.48 m (amaran 2.15 m).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Imran Ismail
#banjir
#Kelantan
#pusat pemindahan
#Tumpat
#Pasir Mas
#PPS
#sekolah
#mangsa
#keluarga
#bomba
#jkm
#amaran
#hujan lebat
#jalan ditutup
#Sungai Golok
#Rantau Panjang
#Sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan