awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM ucap selamat menyambut Hari Easter kepada penganut Kristian
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Kuching: 33 mangsa dipindahkan ke PPS

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
21/02/2026
02:15 MYT
Banjir di Kuching: 33 mangsa dipindahkan ke PPS
Kerja-kerja pemindahan mangsa banjir sedang dilakukan oleh pihak bomba Sarawak di Kampung Sungai Maong, Kuching. - Foto JBPM Sarawak
Seramai 33 mangsa daripada tujuh keluarga di Kampung Sungai Maong di sini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Sungai Maong malam tadi selepas kediaman mereka dinaiki air, berikutan hujan lebat yang bertembung dengan fenomena air pasang besar.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Mohamad Fauzi Mohamat Kifli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.14 malam, sebelum mengaktifkan sembilan anggota dan sebuah bot dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang ke lokasi,
"Pasukan kita telah melakukan rondaan dari rumah ke rumah untuk mendapatkan penduduk yang ingin berpindah dan memerlukan bantuan.
"Seramai 33 orang kemudiannya dipindahkan termasuk seorang lelaki dewasa, yang tidak berupaya untuk bergerak," kata Mohamad Fauzi.
Daripada jumlah mangsa tersebut, katanya, dua merupakan warga emas dan 10 kanak-kanak.
Kampung Sungai Maong terletak di pinggir Sungai Sarawak, di bandar raya ini.
Setakat berita ini ditulis, beberapa kampung di sekitar Kuching, Siburan dan Padawan telah dinaiki air, namun keadaan masih terkawal.
Topic Berkaitan
#banjir
#Sarawak
#PPS
#JBPM Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan