awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Sarawak, 46 penduduk Sibu dipindahkan

Bernama
Bernama
12/01/2022
15:32 MYT
Banjir di Sarawak, 46 penduduk Sibu dipindahkan
Mangsa banjir terdiri daripada dua warga emas, 26 dewasa, 16 kanak-kanak dan dua bayi. - Gambar/ Ihsan Bernama
SIBU: Daerah Sibu menjadi kawasan pertama di Sarawak yang terjejas akibat perubahan monsun di negeri itu apabila 46 orang daripada lima keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air sejak malam tadi.
Ketua Bomba dan Penyelamat Zon 4 Sibu Janggan Muling berkata PPS itu mula dibuka pada 3.14 petang melalui arahan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) Wong Hee Sieng.
Beliau berkata sebaik sahaja menerima maklumat awal banjir kilat pada 12 tengah hari, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah yang dikejarkan ke lokasi mendapati sebahagian kawasan terjejas telah dinaiki air pada anggaran ketinggian 0.76 meter di atas jalan raya.
BACA SEMUA MENGENAI BANJIR DI SINI
"Ketika itu, terdapat tiga rumah sudah dinaiki air setinggi satu kaki (0.3 meter) dengan trend air pasang dan cuaca hujan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Mangsa banjir terdiri daripada dua warga emas, 26 dewasa, 16 kanak-kanak dan dua bayi.
Keperluan mangsa di PPS sedang diuruskan oleh JPBBS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Banjir 2021
#banjir Sarawak
#Sibu
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan