awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Terengganu makin pulih petang ini

Bernama
Bernama
08/01/2017
12:03 MYT
Banjir di Terengganu makin pulih petang ini
Situasi banjir di Terengganu dilihat semakin pulih dengan penurunan jumlah mangsa banjir kepada 318 orang dari 82 keluarga setakat 6 petang ini berbanding 1,449 orang dari 331 keluarga pada tengah hari. -Gambar fail/Bernama
Situasi banjir di Terengganu dilihat semakin pulih dengan penurunan jumlah mangsa banjir kepada 318 orang dari 82 keluarga setakat 6 petang ini berbanding 1,449 orang dari 331 keluarga pada tengah hari.
Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi applikasi Infobanjir melaporkan hanya 240 mangsa (62 keluarga) berada di tiga pusat pemindahan di Kuala Terengganu berbanding 1,352 orang (305 keluarga) pada tengah hari.
Tiga pusat pemindahan itu ialah Sekolah Kebangsaan Gemuruh (126 mangsa dari 38 keluarga), Masjid Pulau Redang (67 mangsa dari 13 keluarga) dan SK Bukit Guntong (47 mangsa dari 11 keluarga).
Jumlah mangsa di Dungun tidak berubah iaitu seramai 78 orang (20 keluarga) yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau.
Bagaimanapun, hujan lebat di sesetengah tempat ketika ini dikhuatiri akan menyebabkan kawasan rendah dinaiki air semula sekiranya berterusan dalam tempoh yang lama. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir di Terengganu
#penurunan jumlah mangsa banjir
#Sekolah Kebangsaan Gemuruh
#semakin pulih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan