awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Dugaan berganda buat Nora, diuji bah dan suami terlantar di hospital

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
25/12/2021
11:24 MYT
Banjir: Dugaan berganda buat Nora, diuji bah dan suami terlantar di hospital
Dugaan berganda buat Nora Mat Roni, sudahlah rumahnya rosak akibat banjir, suami pula kini terlantar di hospital akibat sakit jantung. - Gambar Astro AWANI
SHAH ALAM : Nora Mat Roni, antara mangsa banjir di Kg Bukit Lanchong di sini, yang sedang mengumpul kekuatan untuk bangkit semula selepas berdepan dugaan bah.
Hakikatnya bukan mudah, tetapi wanita berusia 37 tahun ini perlu cekal menghadapi dugaan Yang Maha Esa.
Harta benda rosak akibat banjir, tetapi yang lebih memberi tamparan buat wanita ini ialah dia diduga pula dengan ketiadaan suami di sisi.
Sumber kekuatannya itu, Sobri Ibrahim, 37, kini terlantar di hospital akibat sakit jantung.
Apa yang mampu dilakukan Nora ialah menadah tangan memohon agar dia terus diberikan kekuatan untuk menempuhi dugaan berganda ini.
“Dia (suami) memang ada sakit jantung. Teruk dah… sudah menjalani pembedahan tetapi tak tahu lah kali ini kalau (terpaksa pembedahan) kali kedua.
“Kalau ada orang boleh hantar bantuan, rumah tak apa lagi (tetapi) kedai sebab saya berniaga dekat sini. Kalau tiada kedai ini, tiadalah sumber pendapatan,” luahnya kepada Astro AWANI ketika ditemui.
Berkongsi lanjut, Nora yang telah menetap di kawasan itu sejak 17 tahun lalu berkata, suaminya dikejarkan ke hospital empat hari selepas dia melahirkan anak keempat mereka.
Ketika ini, bayi pasangan itu berusia 40 hari.
Malah ketika banjir melanda, dia terpaksa mengendong bayinya demi menyelamatkan diri.
Selain bayi baru dilahirkan, tiga lagi anak pasangan ini berusia antara dua hingga sebelas tahun.
Bagaimanapun, mujur ada orang kampung yang cepat datang menghulurkan bantuan, tambahnya.
“Masa itu saya dalam bilik sedang tidur dan sebaik sedar tengok air dah melimpah di ruang tamu rumah. Tak selamat apa-apa.
“Tak fikir apa dah… fikir anak sahaja, yang penting anak selamat. Benda dalam rumah tak dapat ambil apa-apa,” ceritanya mengimbau kejadian pada Sabtu lalu.
Ditanya mengenai proses pembersihan rumah, Nora berkata, adik beradiknya yang tinggal di Perak terpaksa datang menghulurkan bantuan.
Jika tanpa mereka, Nora tidak berkudrat untuk membersihkan kediamannya seorang diri.
“Alhamdulillah, ada mereka boleh ringankan sikit beban saya membersihkan rumah,” katanya.
Topic Berkaitan
#Banjir 2021
#Nora
#shah alam
#sri muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan