awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Duta China serah sumbangan kepada BSMM

Bernama
Bernama
25/12/2021
04:18 MYT
Banjir: Duta China serah sumbangan kepada BSMM
Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing (tengah) menyerahkan cek sumbangan kepada Setiausaha Agung Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) Hakim Hamzah (dua, kanan) di Ibu Pejabat MRCS. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Persatuan Palang Merah China menyumbang sebanyak US$100,000 (RM419,500) untuk menyokong usaha Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) membantu mangsa banjir.
Sumbangan itu diserahkan Duta China ke Malaysia Ouyang Yujing kepada Setiausaha Agung BSMM Hakim Hamzah di Ibu Pejabat BSMM, di sini pada Jumaat.
Ouyang berkata sumbangan itu bukan hanya mencerminkan persahabatan antara rakyat China dan Malaysia,malah diharap dapat meringankan beban mangsa banjir dalam mengharungi tempoh sukar ini.
"China percaya Malaysia mampu mengharungi tempoh sukar ini dan membaik pulih semula kerosakan yang berlaku," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Kedutaan China di Kuala Lumpur.
Ouyang, bagi pihak kerajaan China dan rakyatnya, turut mengucapkan takziah kepada mangsa banjir.
Hujan lebat mencetuskan banjir besar dan tanah runtuh di beberapa kawasan serta negeri di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 41 orang dilaporkan terkorban setakat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Persatuan Palang Merah China
#sumbangan
#Bulan Sabit Merah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan