awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Hatyai: Kementerian Pertahanan sedia bantu Thailand

Bernama
Bernama
23/11/2025
09:47 MYT
Banjir Hatyai: Kementerian Pertahanan sedia bantu Thailand
Kementerian Pertahanan Malaysia bersedia menawarkan bantuan kepada Thailand dalam mengendalikan bencana banjir di Hatyai jika diperlukan. - Gambar hiasan
TAWAU: Kementerian Pertahanan sedia memberikan bantuan kepada Thailand dalam menghadapi bencana banjir di Hatyai sekiranya diperlukan, kata Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ringkasan AI
  • Kementerian Pertahanan Malaysia bersedia menawarkan bantuan kepada Thailand dalam mengendalikan bencana banjir di Hatyai jika diperlukan, namun yakin negara itu mampu menguruskan keadaan dengan cekap.
  • Sebanyak kira-kira 4,000 rakyat Malaysia di Hatyai dan kawasan sekitar dilaporkan terjejas akibat banjir baru-baru ini, walaupun kesemuanya selamat.
  • Kementerian Luar menasihati rakyat Malaysia di Hatyai untuk kekal dalam bangunan, mematuhi arahan berkuasa tempatan, dan berhati-hati di kawasan banjir, serta menggesa mereka yang belum mendaftar dengan Konsulat Jeneral Songkhla atau Kedutaan Besar di Bangkok untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, beliau yakin Thailand seperti juga Malaysia, mempunyai kemampuan untuk mengurus bencana banjir dengan baik.
"Seperti Malaysia, (kita) tidak serta-merta panggil negara lain untuk terus datang meminta bantuan, namun untuk bencana banjir (di Hatyai), jika ada apa-apa keperluan, barulah pihak kita berbincang, kita tidak boleh terus masuk," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Karnival Hari Keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kem Kubota di sini hari ini.
Semalam, media melaporkan kira-kira 4,000 rakyat Malaysia di Hatyai dan kawasan sekitar terkesan akibat banjir, namun kesemua mereka dilaporkan selamat.
Sebelum itu, Kementerian Luar turut menasihati rakyat Malaysia yang berada di Hatyai dan kawasan sekitar supaya kekal berada di dalam bangunan sekiranya boleh, termasuk mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan dan sentiasa berhati-hati di kawasan terjejas banjir.
Rakyat Malaysia yang belum mendaftar dengan Konsulat Jeneral Songkhla atau Kedutaan Besar di Bangkok juga digesa supaya berbuat demikian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir Hatyai
#Banjir selatan Thailand
#rakyat Malaysia
#Kementerian Pertahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan