awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: JBPM aktifkan tiga pangkalan hadapan, mudahkan mobilisasi aset

Bernama
Bernama
28/11/2025
14:15 MYT
Banjir: JBPM aktifkan tiga pangkalan hadapan, mudahkan mobilisasi aset
Ahmad Izram ketika bertemu pengamal media di Kampung Selabak hari ini. - Gambar Bernama
TELUK INTAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berada pada tahap kesiapsiagaan penuh dengan mengaktifkan tiga pangkalan hadapan sebagai pusat penempatan awal logistik bagi menghadapi risiko banjir yang dijangka semakin meningkat susulan perkembangan cuaca mutakhir.

Ringkasan AI
  • JBPM mengaktifkan tiga pangkalan hadapan di Bertam, Subang, dan Wakaf Tapai sebagai pusat logistik untuk menghadapi banjir.
  • Mobilisasi aset dan anggota dilakukan dengan pantas antara negeri jika keadaan banjir bertambah buruk.
  • JBPM merancang pergerakan berantai untuk memastikan setiap negeri kekal mempunyai kekuatan operasi yang mencukupi tanpa mengorbankan keperluan tempatan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Ahmad Izram Osman berkata pangkalan hadapan itu terletak di Bertam, Pulau Pinang bagi kawasan utara, Subang di Selangor untuk zon tengah, manakala kawasan Pantai Timur melibatkan Wakaf Tapai, Marang, Terengganu.
"Melalui pangkalan ini, kita boleh menggerakkan aset dan anggota secara cepat dari satu negeri ke negeri lain jika keadaan bertambah buruk.
"Mobilisasi melalui udara juga dilakukan kerana kita telah tempatkan aset di pangkalan berkenaan bagi memastikan pengurusan banjir berada pada tahap optimum," katanya ketika ditemui pemberita selepas tinjauan keadaan banjir di Teluk Intan, di sini hari ini.
Turut serta dalam tinjauan itu ialah Pengarah JBPM Negeri Perak Datuk Sayani Saidon.
Ahmad Izram berkata JBPM telah merancang pergerakan secara berantai supaya setiap negeri kekal mempunyai kekuatan operasi yang mencukupi.
"Kita tidak mahu aset dari satu negeri ditarik terlalu awal sehingga negeri itu kekurangan anggota apabila bencana berlaku di tempat sendiri.
"Jadi, selagi tiada keperluan mendesak, kita tidak akan gerakkan kekuatan tersebut, bermakna semua negeri kekal jaga negeri masing-masing jika keadaan masih terkawal," katanya.
Mengulas lanjut, Ahmad Izram berkata JBPM turut menggerakkan aset jentera berat dan mengenal pasti laluan alternatif yang masih boleh dilalui untuk memastikan akses ke pangkalan hadapan tidak terputus.
"Setakat ini, jumlah anggota di negeri-negeri terjejas masih mencukupi dan belum ada keperluan untuk penambahan anggota dari luar ... namun, jika benar-benar perlu, barulah kita pindahkan anggota," katanya.
Beliau berkata selain anggota tetap, JBPM juga bersedia mengaktifkan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) serta Bomba Komuniti sekiranya situasi memerlukan.
"Keadaan hingga kini masih terkawal, namun jika bertambah serius, kita akan bekukan cuti dan tingkatkan syif daripada 12 jam kepada 24 jam," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JBPM
#bomba
#jentera berat
#Pasukan Bomba Sukarela
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan