awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat: 2 PPS dibuka di daerah Sepang malam ini

Bernama
Bernama
29/11/2022
16:07 MYT
Banjir kilat: 2 PPS dibuka di daerah Sepang malam ini
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini berikutan Kampung Ampar Tenang dan Kampung Sri Tanjung di Daerah Sepang dinaiki air sejak petang tadi. - Gambar fail
SHAH ALAM: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini berikutan Kampung Ampar Tenang dan Kampung Sri Tanjung di Daerah Sepang dinaiki air sejak petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Selangor melaporkan dua PPS di Dewan Taman Gemilang dan Dewan Orang Ramai di Dengkil menempatkan seramai 103 mangsa daripada 29 buah keluarga.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis memaklumkan terdapat insiden ban pecah berlaku susulan hujan lebat di Kampung Ampar Tenang yang menyebabkan terdapat limpahan air daripada projek perumahan berhampiran.
Katanya kejadian tersebut menyebabkan berlaku banjir dengan kedalaman air setinggi 1.22 meter yang menjejaskan 10 buah rumah.
"Semua penghuni terdiri daripada 18 keluarga telah berpindah ke tempat selamat lebih awal dan pihak bomba terus membuat pemantauan serta membantu penduduk di lokasi," katanya dalam kenyataan.
Bernama sebelum ini melaporkan hujan berterusan sejak 2 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Sepang dekat sini dan Putrajaya dilanda banjir kilat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#PPS
#Sepang
#Kampung Ampar Tenang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan