awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan kes ditangguh, Vivy Yusof, suami dapat pasport tunai haji
AMRO gesa ASEAN+3 perkukuh pengurusan fiskal hadapi gelombang kejutan baharu
Pemandu bas pangku wanita ketika memandu disiasat - JPJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat: 43 penduduk Hulu Terengganu dipindahkan

Sinar Harian
Sinar Harian
12/01/2023
14:50 MYT
Banjir kilat: 43 penduduk Hulu Terengganu dipindahkan
Seramai 15 keluarga melibatkan 43 penduduk di sekitar Kampung Kemat, Hulu Terengganu dipindahkan ke tempat selamat selepas kawasan tersebut dilanda banjir kilat pada petang Khamis. - Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Seramai 15 keluarga melibatkan 43 penduduk di sekitar Kampung Kemat, Hulu Terengganu dipindahkan ke tempat selamat selepas kawasan tersebut dilanda banjir kilat pada petang Khamis.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, setakat jam 10 malam, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas.
"Semua mangsa kini berada di PPS balai raya Kampung Kemat yang mula dibuka pada jam 6 petang tadi selepas rumah penduduk dinaiki air," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
Bagaimanapun katanya, banjir kilat tersebut dilaporkan sudah surut dan mangsa yang terjejas dijangka pulang pada Jumaat sekiranya air kering sepenuhnya.
"Keadaan cuaca sekarang masih hujan renyai dan maklumat berkaitan banjir akan dikemaskini dari semasa ke semasa," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#Kampung Kemat
#Hulu Terengganu
#JPBN Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan