awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ops Hazard 3.0: PGA rampas RM187 juta, 56 warga asing ditahan
UCL: PSG sepatutnya menang lebih besar ke atas Liverpool
Konflik Asia Barat: Iran peroleh kelebihan strategik susulan gencatan senjata - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat di bandaraya Kuching pulih sebelah petang

Bernama
Bernama
27/02/2016
10:59 MYT
Banjir kilat di bandaraya Kuching pulih sebelah petang
Kebanyakan tempat yang dilanda banjir kilat sekitar bandaraya ini pagi ini sudah pulih, manakala jumlah mangsa di pusat pemindahan banjir di daerah Serian terus berkurangan petang ini. -Foto fail/Bernama
Kebanyakan tempat yang dilanda banjir kilat sekitar bandaraya ini pagi ini sudah pulih, manakala jumlah mangsa di pusat pemindahan banjir di daerah Serian terus berkurangan petang ini kepada 260 orang daripada 82 keluarga.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim berkata semua mangsa itu kini berada di Pusat Pemindahan di Dewan Masyarakat Gedong, selepas sebuah Pusat Pemindahan Sekolah Kebangsaan Tanah Puteh ditutup pada pukul 3.30 petang ini.
Beliau berkata jumlah penurunan itu agak ketara berbanding tengah hari tadi yang menyaksikan 629 orang daripada 193 keluarga berlindung di dua pusat pemindahan banjir itu.
Sementara itu, katanya, tiada pusat pemindahan baru dibuka hari ini selepas beberapa tempat di sekitar bandaraya mengalami banjir kilat.
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
#JPAM
#pusat pemindahan banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan