awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat: Empat keluarga di Changkat Jong dipindahkan ke PPS

Aida Aziz
Aida Aziz
28/11/2022
16:40 MYT
Banjir kilat: Empat keluarga di Changkat Jong dipindahkan ke PPS
Anggota bomba membantu proses memindahkan kesemua mangsa yang terjejas banjir ke PPS berkenaan. - Foto ihsan JBPM Perak
TELUK INTAN: Seramai 23 orang penduduk daripada empat buah keluarga di Lorong Mesra, Changkat Jong di sini, dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Padang Tembak malam tadi.
Ia susulan kejadian banjir kilat yang berlaku di kawasan berkenaan akibat hujan lebat berterusan sejak petang Isnin.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.20 malam.
"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati berlaku banjir kilat di lokasi berkenaan.
"Anggota bomba turut membantu proses memindahkan kesemua mangsa yang terjejas banjir ke PPS berkenaan.
"Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4x4) sehingga semuanya selamat dipindahkan," katanya dalam satu kenyataan tengah malam tadi.
Menurutnya lagi, operasi pemantauan akan dilakukan dari masa ke semasa bagi memastikan situasi terkawal dan selamat.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Abdul Hazhar Ismail itu tamat pada jam 11 malam.
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#Changkat Jong
#PPS
#JBPM Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan