awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Mayat mangsa dihanyut arus deras di Pekan ditemukan

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
23/12/2021
11:16 MYT
Banjir: Mayat mangsa dihanyut arus deras di Pekan ditemukan
Sewaktu meredah air banjir yang melimpah di atas jalan berhampiran kawasan parit, mangsa dikatakan telah hilang sebelum disedari oleh bapa mangsa. - Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang mangsa banjir yang dilaporkan hilang sebelum ini disahkan lemas selepas dihanyutkan arus deras di Ladang Blok 10, Felda Chini 2, Pekan, Pahang pada Khamis.
Mayat mangsa Rostam Che Su, 34, yang dilaporkan hilang kira-kira pukul 11.05 pagi ini berjaya ditemukan di kawasan sebuah ladang kelapa sawit pada pukul 3.30 petang tadi.
Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Azlan Ahmad, mangsa sebelum itu telah keluar ke ladang bersama bapanya dengan menaiki motosikal secara berasingan.
Namun sewaktu meredah air banjir yang melimpah di atas jalan berhampiran kawasan parit, mangsa dikatakan telah hilang sebelum disedari oleh bapa mangsa.
Setelah dibuat pencarian di kawasan tersebut, bapa mangsa hanya menemukan motosikal anaknya itu sahaja dan kemudiannya membuat laporan.
Bagaimanapun pada jam 3:30 petang tadi, Pasukan Penyelamatan di Air dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan telah membuat selaman di lokasi mangsa terjatuh dan setelah menyelam selama 10 minit, mangsa ditemukan di dasar sungai pada kedalaman tujuh meter.
Mayat mangsa kemudiannya berjaya dinaikkan dan diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut
Topic Berkaitan
#Banjir 2021
#mangsa banjir
#Pekan Pahang
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan