awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: MB Kelantan nasihat penduduk ikut arahan pihak berkuasa

Bernama
Bernama
21/12/2020
09:10 MYT
Banjir: MB Kelantan nasihat penduduk ikut arahan pihak berkuasa
Ahmad Yakob berkata, penduduk tidak seharusnya mengambil sikap yakin bahawa keadaan banjir di kawasan mereka masih selamat, memandangkan bencana itu sukar untuk diramal terutamanya keadaan arus air. - Foto Astro AWANI
KOTA BHARU:Penduduk Kelantan terutama yang tinggal di kawasan berisiko banjir, dinasihatkan agar memberi kerjasama serta patuh kepada arahan pihak berkuasa, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Menteri Besarnya Datuk Ahmad Yakob berkata, penduduk tidak seharusnya mengambil sikap yakin bahawa keadaan banjir di kawasan mereka masih selamat, memandangkan bencana itu sukar untuk diramal terutamanya keadaan arus air.
"Sekiranya, diminta berpindah, pindah lah, kalau diarahkan tutup kedai, tutuplah. Jangan ambil sikap rasa selamat. Kita tidak boleh nak jangka arus air deras atau tidak," katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Darul Naim di sini, hari ini.
Mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam mengekang penularan COVID-19 ketika menghadapi banjir, Ahmad berkata setiap agensi terlibat sentiasa memberi penekanan kepada mangsa, supaya mengikut garis panduan SOP yang ditetapkan.
Dalam pada itu, Ahmad turut berkata setakat ini, peruntukan sejumlah RM50,000 telah disediakan kerajaan negeri, bagi membantu setiap mangsa banjir dan bantuan itu akan diedarkan melalui pejabat Dewan Undangan Negeri yang terlibat.
Berdasarkan aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat 3 petang ini, merekodkan 1,178 mangsa banjir ditempatkan di 426 pusat pemindahan sementara (PPS), yang melibatkan daerah Pasir Mas, Tanah Merah dan Kuala Krai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Banjir pantai timur
#penduduk Kelantan
#Ahmad Yakob
#SOP
#prosedur operasi standard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan