awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Papar: Utamakan penghantaran bekalan keperluan, pindah penduduk ke PPS - Armizan

Bernama
Bernama
15/09/2025
07:31 MYT
Banjir Papar: Utamakan penghantaran bekalan keperluan, pindah penduduk ke PPS - Armizan
Armizan akan memastikan JPBD Papar mengutamakan penghantaran bekalan keperluan kepada penduduk terjejas susulan banjir. - Foto FB Armizan Mohd Ali
PAPAR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali akan memastikan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Papar mengutamakan penghantaran bekalan keperluan kepada penduduk terjejas susulan banjir akibat hujan berterusan pagi ini.

Ringkasan AI
  • JPBD Papar isytihar bencana banjir pada 10 pagi selepas hujan berterusan menyebabkan banyak kampung dinaiki air dan beberapa jalan terputus hubungan.
  • Menteri Armizan Mohd Ali arah utamakan penghantaran bekalan dan pemindahan penduduk ke PPS di Dewan Masyarakat Papar bagi keselamatan.
  • Kerajaan negeri dan agensi berkaitan sedang meninjau serta salur bantuan segera ke kawasan terjejas, termasuk kampung yang terputus hubungan.

Ahli Parlimen Papar itu juga mahu jawatankuasa berkenaan menempatkan penduduk yang rumah mereka dinaiki air pada paras tidak selamat ke pusat pemindahan sementara yang dibuka di Dewan Masyarakat Papar.
Beliau berkata memandangkan semakin banyak kampung yang dinaiki air dan beberapa kawasan sudah terputus hubungan jalan raya, JPBD Papar telah mengisytiharkan bencana banjir untuk daerah itu pada 10 pagi.
"Saya bersama Pegawai Daerah (Muhammad Mohd Ali) dan (Ahli Dewan Undangan Negeri Limbahau) Datuk Juil Nuatim serta agensi berkaitan sedang bergerak meninjau serta menyampaikan bantuan ke kampung-kampung yang terputus hubungan jalan raya," katanya menerusi hantaran Facebook.
Terdahulu, Muhammad yang juga Pengerusi JPBD Papar mengisytiharkan bencana berikutan banjir yang melanda daerah itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir Papar
#Armizan Mohd Ali
#penghantaran bekalan keperluan
#PPS
#pusat pemindahan
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan