awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Pasukan Bantuan Bencana Istana Negara bantu mangsa di Selangor

Bernama
Bernama
24/12/2021
08:49 MYT
Banjir: Pasukan Bantuan Bencana Istana Negara bantu mangsa di Selangor
Penubuhan pasukan bantuan ini adalah hasil cetusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - Gambar BERNAMA
KLANG: Kira-kira 100 pegawai dan staf Istana Negara tampil menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada mangsa banjir di empat daerah di Selangor yang paling teruk terjejas iaitu Klang, Shah Alam, Hulu Langat dan Kuala Langat.
Pengarah Operasi Pasukan Bantuan Bencana Istana Negara, Brig Jen Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata, penubuhan pasukan bantuan itu adalah hasil cetusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Di setiap lokasi kami akan menghantar 20 hingga 30 orang terdiri daripada warga Istana Negara. Idea ini adalah daripada Tuanku. Baginda telah menyatakan hasrat untuk membantu bukan hanya di negeri Selangor tapi akan bergerak ke negeri-negeri lain,” katanya ketika ditemui Bernama hari ini.
Bantuan berbentuk keperluan asas seperti pakaian, tuala, alat mandi, kit kendiri ujian COVID-19 dan makanan kering turut diberikan kepada para penduduk yang terjejas banjir. - fotoBERNAMA
Bantuan berbentuk keperluan asas seperti pakaian, tuala, alat mandi, kit kendiri ujian COVID-19 dan makanan kering turut diberikan kepada para penduduk yang terjejas banjir. - fotoBERNAMA
Terdahulu, pasukan bantuan tersebut melakukan kerja-kerja pembersihan pascabanjir di rumah penduduk yang terjejas di sebuah taman di Klang, dekat sini yang memerlukan bantuan berkenaan memandang memiliki dua orang anak orang kurang upaya (OKU).
Selain itu, bantuan berbentuk keperluan asas seperti pakaian, tuala, alat mandi, kit kendiri ujian COVID-19 dan makanan kering turut diberikan kepada para penduduk yang terjejas banjir.
Pasukan Bencana Istana Negara itu juga dilengkapi dengan peralatan untuk membantu mangsa banjir membersihkan rumah mereka, tambahnya.
Penubuhan pasukan bantuan itu adalah hasil cetusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - fotoBERNAMA
Penubuhan pasukan bantuan itu adalah hasil cetusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - fotoBERNAMA
Dalam pada itu, Ismail Sulaiman, 45, bersyukur dan mengucapkan terima kasih atas bantuan yang dihulurkan memandangkan isteri beliau tidak dapat membantunya kerana perlu menjaga kedua-dua anaknya yang menghidap autisme.
“Terima kasih kerana datang membantu saya dalam keadaan saya dan keluarga tidak tahu untuk berbuat apa-apa ketika ini,” katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#bantuan banjir
#Pasukan Bantuan Bencana Istana Negara
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan