awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Misi bantuan Gaza: Pemilihan MB Selangor bantu permudah rundingan dengan Mesir - Anwar
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
Tiga lagi anggota pengaman UNIFIL cedera letupan di Lubnan, Indonesia gesa mesyuarat segera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Pejabat KWSP Kangar ditutup sementara

Bernama
Bernama
26/11/2025
02:40 MYT
Banjir: Pejabat KWSP Kangar ditutup sementara
KWSP sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan penyedia perkhidmatan untuk memantau keadaan, dan sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan secepat mungkin.
KANGAR: Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Kangar ditutup sementara mulai hari ini sehingga diberitahu kelak susulan peningkatan paras air akibat banjir di kawasan tersebut.
Dalam kenyataan hari ini, KWSP memaklumkan langkah itu diambil bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan ahli serta petugasnya.
Menurut KWSP, ahli yang mempunyai temu janji dinasihatkan menjadualkan semula urusan mereka, manakala transaksi penting boleh dilakukan secara dalam talian melalui i-Akaun bagi perkhidmatan tertentu.
"KWSP sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan penyedia perkhidmatan untuk memantau keadaan, dan sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan secepat mungkin," menurut kenyataan itu.
Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan transaksi KWSP, ahli boleh menghubungi Pusat Perhubungan dan Nasihat Perkhidmatan KWSP di talian 03-89226000 atau melayari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KWSP
#banjir
#Pejabat KWSP Kangar
#tutup sementara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan