awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: PM terharu dengan pengorbanan 'frontliners'

Astro Awani
Astro Awani
23/12/2021
13:24 MYT
Banjir: PM terharu dengan pengorbanan 'frontliners'
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan rasa terharu dengan pengorbanan pasukan keselamatan yang menjalankan khidmat bagi melancarkan operasi bantuan kepada mangsa banjir. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan rasa terharu dengan pengorbanan pasukan keselamatan yang menjalankan khidmat bagi melancarkan operasi bantuan kepada mangsa banjir.
Ismail Sabri menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan, mereka sanggup berkorban dan mengenepikan kepentingan diri demi keselamatan negara dan Keluarga Malaysia.
“Ketika mereka bertarung nyawa menyelamatkan mangsa, ada sebahagian anggota keselamatan turut kehilangan rumah dan harta-benda, malah tidak tahu ke mana ahli keluarga mereka dipindahkan akibat bencana.
“Terima kasih frontliners, terima kasih semua!” ucap beliau.
Terdahulu, Ahli Parlimen Bera itu turut mengingatkan orang ramai agar berwaspada akan ketidaktentuan cuaca sepanjang bulan ini.
“Ramalan Jabatan Metereologi Malaysia luruan monsun yang akan berlaku pada 27-29 Disember ini di mana hujan berterusan dijangka berlaku di Sabah Timur dan Sarawak Barat.
“Orang ramai diminta berjaga-jaga kerana angin kencang dan laut bergelora turut diramal berlaku di perairan Laut China Selatan termasuklah kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung mulai 26-29 Disember 2021,” ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Perdana Menteri
#mangsa banjir
#banjir
#frontliners
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan