awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Raub pulih sepenuhnya

Bernama
Bernama
26/12/2024
04:30 MYT
Banjir Raub pulih sepenuhnya
Banjir di daerah Raub telah pulih sepenuhnya, dan empat mangsa daripada satu keluarga telah dibenarkan pulang ke rumah mereka. -Gambar fail/APM
KUANTAN: Situasi banjir di Pahang menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa semakin berkurangan susulan banjir di daerah Raub pulih sepenuhnya selepas penutupan pusat pemindahan sementara (PPS) pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Banjir di daerah Raub telah pulih sepenuhnya, dan empat mangsa daripada satu keluarga telah dibenarkan pulang ke rumah mereka.
  • Seramai 89 mangsa daripada 28 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara di daerah Lipis.
  • Empat sungai di Pahang berada dalam keadaan waspada, termasuk Sungai Pahang di Kuala Krau dan Sungai Kuantan di Kuantan Bypass.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub, seramai empat mangsa daripada satu keluarga yang ditempatkan di PPS Balairaya Kampung Tersang sejak 11.30 pagi semalam telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing sekitar pukul 8 pagi tadi.
Sementara itu, di daerah Lipis, seramai 89 mangsa daripada 28 keluarga masih berada di dua PPS setakat 11.30 pagi ini, menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Mereka ditempatkan di Masjid Kampung Beletik dan Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit.
Semakan di portal Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula mendapati empat sungai di negeri ini berada dalam keadaan waspada, iaitu Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh; Sungai Kuantan di Kuantan Bypass, Kuantan; Sungai Dong di Kampung Peruas, Raub; serta Sungai Jelai di Jeti Lipis, Lipis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#Raub
#pusat pemindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan