awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sabah: Warga emas, pesakit dan wanita hamil antara diselamatkan

Sinar Harian
Sinar Harian
21/02/2026
08:28 MYT
Banjir Sabah: Warga emas, pesakit dan wanita hamil antara diselamatkan
Zulfikar (gambar kecil) mendapatkan bantuan pasukan penyelamat untuk membawa bapanya keluar dari kampung ke hospital. -Foto Sinar Harian
Warga emas, pesakit buah pinggang serta wanita sarat hamil antara mangsa banjir yang diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di beberapa kampung di daerah ini untuk dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Pitas.
Tinjauan Sinar Harian sepanjang operasi dijalankan mendapati kebanyakan jalan penghubung ke kampung-kampung terjejas ditenggelami air sedalam hampir satu meter, sekali gus menyukarkan pergerakan penduduk.
Keadaan itu menyebabkan mereka yang mempunyai masalah kesihatan sukar mendapatkan rawatan dan terpaksa memohon bantuan pasukan bomba untuk keluar dari kawasan terjejas.
Anggota bomba terpaksa meredah laluan yang ditenggelami banjir bagi memastikan penduduk yang memerlukan rawatan segera dihantar ke hospital.
Menurut penduduk Kampung Kusilad, Zulfikar Hikar, 37, bapanya yang berusia 73 tahun mengalami demam serta sakit pada bahagian kaki sehingga menyukarkannya berjalan.
“Air banjir sudah mencecah lantai rumah menyebabkan kami terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
“Namun keadaan bapa kurang sihat dan kedua-dua lututnya sakit, jadi saya mendapatkan bantuan pasukan penyelamat untuk membawanya keluar dari kampung ke hospital.
“Kami meredah banjir dengan menaiki bot sebelum dipindahkan ke lori bomba untuk dihantar ke hospital,” katanya.
Selain itu, lori berkenaan turut ke PPS Kabatasan Laut dan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Rokum Ulu bagi membawa pesakit buah pinggang yang perlu menjalani rawatan dialisis serta seorang wanita hamil yang menunggu waktu untuk bersalin ke hospital. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga emas
#pesakit buah pinggang
#wanita hamil
#mangsa banjir
#JBPM
#pitas
#banjir sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan