awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran hentikan trafik kapal tangki di Selat Hormuz susulan serangan Israel ke atas Lubnan
100 lokasi di Lubnan jadi sasaran Israel dalam tempoh 10 minit
Konflik Asia Barat: TikTok diminta perjelas kesan krisis tenaga dan geopolitik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Satu PPS dibuka di daerah Kubang Pasu

Bernama
Bernama
25/09/2023
16:49 MYT
Banjir: Satu PPS dibuka di daerah Kubang Pasu
Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini di daerah Kubang Pasu bagi menempatkan 21 mangsa banjir daripada enam keluarga. - Foto APM/Sinar Harian
ALOR SETAR: Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini di daerah Kubang Pasu bagi menempatkan 21 mangsa banjir daripada enam keluarga.
Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata PPS itu dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun pada 9 malam.
Beliau berkata kesemua mangsa dari Kampung Nangmah dan Kampung Paya Nong Mi di Mukim Temin itu dipindahkan ke PPS tersebut selepas air mulai naik di kawasan kediaman mereka pada 8.50 malam.
"Hujan renyai melebihi lapan jam di daerah Kubang Pasu menyebabkan kawasan tersebut dinaiki air. Pihak APM menerima laporan kejadian banjir ini pada 8.50 malam daripada Penghulu Temin dan menasihati mangsa agar berpindah segera ke PPS," menurutnya dalam satu kenyataan di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Kubang Pasu
#PPS
#Pusat Pemindahan Sementara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan