awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar IPG lemas: Keluarga mangsa tuntut laporan menyeluruh, telus
OpenAI gesa California, Delaware siasat kelakuan anti-persaingan Musk
Konflik Asia Barat tekan inflasi, jejaskan ekonomi global -IMF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Sebuah lagi PPS dibuka di Selangor

Bernama
Bernama
11/11/2022
21:30 MYT
Banjir: Sebuah lagi PPS dibuka di Selangor
Jemaah masjid menggunakan titi yang dibuat khas ekoran pekarangan masjid dinaiki air selepas selesai menunaikan solat Asar di Masjid As-Syarif Jalan Hamzah Alang Meru Klang, semalam. --fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Selangor iaitu di Sekolah Rendah Agama (SRA) Meru, Klang, yang menempatkan lebih 200 mangsa.
Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Zulfikar Jaafar berkata keadaan banjir masih sama dan paras air meningkat apabila hujan.
SEGALA MAKLUMAT BERKAITAN BANJIR DI SINI
"Setakat malam ini seramai 628 mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai, Meru. Jumlah itu meningkat daripada lebih 400 sebelum ini.
"Keadaan di sini terkawal dan pihak bomba kerap melakukan pemantauan serta akan melakukan perpindahan berdasarkan keperluan," katanya ketika dihubungi malam tadi.
Menurut laman web InfoBencanaJKM, setakat ini empat PPS telah dibuka di Selangor iaitu dua di Meru dan di SK Kampung Johan Setia, Klang serta PPS Masjid Al Falah Kampung Budiman, di sini yang masing-masing menempatkan 147 dan 32 mangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#banjir selangor
#Klang
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan