awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Taman Sri Muda akan surut cepat, bekalan elektrik pulih - MB Selangor

Astro Awani
Astro Awani
22/12/2021
05:56 MYT
Banjir Taman Sri Muda akan surut cepat, bekalan elektrik pulih - MB Selangor
Amirudin memaklumkan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengalihkan kenderaan yang tersadai sehingga pukul 3 pagi untuk membolejkan generator dibawa ke pintu air. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Berikutan bekalan elektrik sudah dipulihkan, kerajaan Selangor menjangkakan banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam akan surut dengan lebih cepat.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan, pintu air yang tersekat sebelum ini juga dapat berfungsi semula selepas bekalan elektrik dipulihkan dan generator dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) kembali boleh digunakan.
Amirudin juga memaklumkan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut berusaha mengalihkan kenderaan yang tersadai sehingga pukul 3 pagi tadi untuk membolehkan generator dibawa ke pintu air.
“Pintu air dapat beroperasi semula dengan bekalan tenaga dan generator TNB.
“Semalam MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) dan ATM (Angkatan Tentera Malaysia) kerja keras sampai jam 3 pagi bagi mengalihkan kenderaan tersadai yang telah menghalang generator daripada dibawa ke pintu air.
“Dengan pintu air beroperasi proses penyurutan akan lebih pantas, InsyaAllah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
[LAPOR LANGSUNG] Banjir di Taman Sri Muda semakin pulih, air mulai surut
Sebelum ini, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Izham Hashim memberitahu media paras banjir di Taman Sri Muda surut pada kadar yang lebih perlahan berikutan pintu air yang "tersekat" bertujuan mengawal aliran air ke sungai terdekat.
Taman Sri Muda adalah antara kawasan yang paling teruk terjejas di Selangor, bersama Klang dan Hulu Langat, dengan kebanyakan rumah setakat pagi ini masih dipenuhi air di paras buku lali.
Beribu-ribu penduduk kehilangan tempat tinggal akibat banjir selepas hujan lebat berterusan sejak Jumaat hingga awal pagi Ahad.
Topic Berkaitan
#Selangor
#sri muda
#TNB
#Banjir 2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan