awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Terengganu: Hanya satu PPS masih dibuka di Besut

Sinar Harian
Sinar Harian
27/12/2022
09:33 MYT
Banjir Terengganu: Hanya satu PPS masih dibuka di Besut
Setakat jam 4 petang Selasa, sebanyak 12 keluarga membabitkan 53 mangsa masih berlindung di PPS berkenaan. - Gambar hiasan/ Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Masjid Kampung La di Hulu Besut, Besut menjadi pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir yang masih beroperasi bagi menempatkan penduduk terjejas banjir.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, setakat jam 4 petang Selasa, sebanyak 12 keluarga membabitkan 53 mangsa masih berlindung di PPS berkenaan.
Menurutnya, jumlah itu berkurangan berbanding 126 penduduk daripada 38 keluarga yang direkodkan pada jam 8 pagi Selasa.
Banjir yang melanda negeri ini pada minggu lalu menyebabkan lebih 40,000 penduduk terjejas di lapan daerah dipindahkan ke PPS.
Bagaimanapun, penduduk sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat susulan cuaca cerah.
Semua PPS yang dibuka di Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman telah ditutup sepenuhnya.
Topic Berkaitan
#Besut
#pusat pemindahan
#banjir
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan