awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: TNB tutup bekalan elektrik di 18 kawasan di Terengganu

Bernama
Bernama
26/12/2023
07:00 MYT
Banjir: TNB tutup bekalan elektrik di 18 kawasan di Terengganu
Daerah Dungun menyaksikan 14 kawasan terjejas dengan penutupan bekalan elektrik iaitu di Pam Air Merlong, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Jengal, Kampung Surau, Kuala Jengal, Kampung Pelamboh dan Logi Air Tepus. - Gambar fail/Bernama
KUALA TERENGGANU: Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat penutupan bekalan elektrik di 18 kawasan membabitkan tiga daerah di Terengganu setakat 10 pagi tadi berikutan keadaan hujan dan banjir.
Melalui hantaran di laman Facebooknya, TNB memaklumkan setakat ini di Bandar Al-Muktafi Billah Shah di daerah Dungun menyaksikan 14 kawasan terjejas dengan penutupan bekalan elektrik iaitu di Pam Air Merlong, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Jengal, Kampung Surau, Kuala Jengal, Kampung Pelamboh dan Logi Air Tepus.
Turut terjejas Kampung Tepus, Pencawang Luar Bandar (PLB) Minda 1, Kampung Cerawih, Kampung Cemuak, Pencawang Atas Tiang (HP) Minda 2, Kampung Rantau Panjang, Kampung Talong dan Sekolah Kebangsaan Minda Talong.
Sementara itu, di daerah Marang pula kawasan terlibat adalah Coara Marang Solar dan Kem Panji Alam, manakala di Hulu Terengganu pula kawasan yang ditutup bekalan elektrik ialah Sekolah Kebangsaan Agama Mahmudiah dan Sekolah Kebangsaan Kua.
TNB melalui kenyataan itu turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan hujan lebat dan keadaan berisiko banjir serta menjauhi pepasangan elektrik yang terendam air kerana dikhuatiri berlakunya kebocoran arus.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir terengganu
#TNB
#penutupan bekalan elektrik
#Dungun
#Marang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan