awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bank Negara nafi pegawai bocor maklumat kepada WSJ

Hakim Rahman
Hakim Rahman
12/07/2015
09:15 MYT
Bank Negara nafi pegawai bocor maklumat kepada WSJ
BNM nafi tiga pegawainya telah membocorkan maklumat sulit kepada Wall Street Journal berhubung kes kewangan 1MDB.
Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan dakwaan bahawa pegawainya telah membocorkan maklumat sulit kepada pihak media sambil menegaskan BNM tidak menyebelahi mana-mana pihak dan juga tidak akan memperdaya amanah rakyat.
"Dakwaan ini adalah tidak berasas sama sekali," kata BNM dalam satu kenyataan.
BNM berkata mereka telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas sebuah portal, Malaysia Today mendakwa tiga pegawai kanan BNM sedang disiasat pihak berkuasa kerana disyaki membocorkan maklumat sulit kepada Wall Street Journal (WSJ) berhubung skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pengendali portal itu, Raja Petra Kamaruddin mendakwa kemungkinan besar pegawai terbabit akan menerima nasib seperti bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid pada 1999.
Abdul Murad, bersama beberapa pegawai lain pada masa itu, dipaksa meletak jawatan kerana terlibat dalam penggubahan wang bernilai RM3 bilion milik Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Melalui entri bertajuk 'The Bank Negara Scandal, Yet Again', pada Sabtu, Raja Petra berkata perbuatan itu dianggap sebagai sabotaj terhadap kerajaan dan boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada negara.
Tambah kenyataan itu lagi, BNM akan terus menyiasat mana-mana pelanggaran terhadap undang-undang di bawah kawal selianya dan bertekad akan terus berusaha mencari kebanaran dengan cara yang adil dan saksama.
"Pihak Bank, sebagai sebahagian daripada Pasukan Petugas Khas, tetap komited untuk mencapai objektif Pasukan Petugas Khas," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, usaha pihak Bank turut mendapat sokongan sepenuh daripada Pasukan Petugas Khas.
Topic Berkaitan
#Abdul Murad Khalid
#Bank Negara Malaysia
#BNM
#Malaysia Today
#Raja Petra Kamaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan