awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantah pengurangan pengambilan penjawat awam

Astro Awani
Astro Awani
10/12/2012
04:17 MYT
Bantah pengurangan pengambilan penjawat awam
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) membantah langkah pengurangan pengambilan penjawat awam tahun depan berikutan pelaksanaan opsyen pelanjutan umur persaraan daripada 58 kepada 60 tahun.
Justeru Presidennya, Datuk Omar Osman menggesa kerajaan mengkaji semula perkara itu kerana bimbang ia akan menjejaskan golongan lepasan graduan yang ingin berkhidmat dalam sektor awam.
Rasionalnya kata Omar, tidak semua 1.2 juta penjawat awam akan memilih opsyen lanjutan umur persaraan sehingga 60 tahun itu berikutan faktor usia dan produktiviti.
Justeru Omar menegaskan pengambilan penjawat awam perlu diteruskan seperti tahun-tahun sebelumnya.
“Cuepacs berharap perkara ini dapat diberi penjelasan sebab cuepacs nak tahu apa sebab. Kalau kita kurang 10 peratus pelajar yang keluar universiti dan kelulusan SPM, STPM, diploma, mereka pun ingin berkhidmat dalam sektor awam. Jadi kita kena ambil kira semua ini.
“Walaupun tidak semua ingin bekerja dalam sektor awam tetapi kebanyakan sekarang sudah berminat dalam sektor awam. Jadi kalau pengurangan berlaku, Cuepacs bimbang timbulkan tidak puasan hati di kalangan para mereka ingin berkhidmat,” tambah Omar.
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mahmood Adam pada sabtu berkata, jumlah pengambilan penjawat awam akan menurun sehingga 10 peratus pada tahun depan.
Bagaimanapun, pengurangan itu bersifat sementara kerana jumlah pengambilan akan kembali meningkat apabila ramai penjawat awam mencapai umur persaraan wajib.
Topic Berkaitan
#bantah pengambilan penjawat awam
#cuepacs
#Datuk Omar Osman
#pelanjutan umur persaraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan