awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantuan kemanusiaan Malaysia ke Palestin perlu koordinasi rapi - PM Anwar

Bernama
Bernama
16/10/2025
11:15 MYT
Bantuan kemanusiaan Malaysia ke Palestin perlu koordinasi rapi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pelan bantuan kemanusiaan dari Malaysia ke Palestin mesti dikoordinasi dengan teliti dan berkesan agar setiap bantuan benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pelan bantuan kemanusiaan dari Malaysia ke Palestin mesti dikoordinasi dengan teliti dan berkesan agar setiap bantuan benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan.
Beliau memaklumkan perkara itu semasa pertemuan dengan rangkaian masyarakat sivil Malaysia yang menggerakkan Ops Ihsan dan Sumud Flotilla di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya hari ini.
"Susulan perkembangan terkini di Palestin, saya bersama rangkaian masyarakat sivil Malaysia yang menggerakkan Ops Ihsan dan Sumud Flotilla telah bertemu hari ini bagi menyelaras tindakan segera menghantar bantuan kemanusiaan ke Palestin," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Anwar berkata dengan kebijaksanaan, kecekapan dan semangat solidariti yang ditunjukkan, usaha itu akan membantu meringankan penderitaan rakyat Gaza sekali gus menjadi lambang keprihatinan serta kemanusiaan rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantuan kemanusiaan
#Malaysia
#Palestin
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan