awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantuan segera adalah fokus Pelan Tindakan Pemulihan Pelancongan - Nancy

Astro Awani
Astro Awani
24/04/2020
15:45 MYT
Bantuan segera adalah fokus Pelan Tindakan Pemulihan Pelancongan - Nancy
Pelan Tindakan Pemulihan Pelancongan yang diterajui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya memberi fokus kepada bantuan segera bagi golongan yang terjejas dalam sektor ini ketika PKP, kata Menteri Datuk Seri Nancy Shukri
Pelan Tindakan Pemulihan Pelancongan yang diterajui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya memberi fokus kepada bantuan segera bagi golongan yang terjejas dalam sektor ini ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata pelan ini dirangka untuk tempoh enam bulan akan datang dan akan dinilai berdasarkan keperluan semasa.
"Kita tidak merancang lebih daripada tempoh tersebut kerana tumpuan diberikan kepada pemberian bantuan segera kepada mereka yang terjejas," kata Nancy.
Beliau berkata demikian ketika sesi temubual Consider This pada Jumaat malam berkenaan impak penularan COVID-19 ke atas industri pelancongan, seni dan budaya negara.
Selain itu, beliau turut menyentuh mengenai inisiatif yang digariskan dalam pelan tersebut termasuk memberi latihan peningkatan perkhidmatan serta memansuhkan bayaran tertentu untuk meringankan beban mereka yang bekerja dalam industri ini.
Topic Berkaitan
#Consider This
#industri pelancongan
#Malaysia
#Nancy Shukri
#Pelan Tindakan Pemulihan Pelancongan
#pelancongan
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan