awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MFL nafi sambutan Piala Malaysia, Piala Cabaran suram
Kamala Harris beri bayangan mungkin bertanding Presiden AS 2028
Isu Epstein kembali jadi tumpuan selepas ucapan Melania Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantuan subsidi 50 liter petrol sehari memadai untuk operasi nelayan - LKIM

Bernama
Bernama
03/04/2026
04:19 MYT
Bantuan subsidi 50 liter petrol sehari memadai untuk operasi nelayan - LKIM
Muhammad Faiz ketika merasmikan Jualan Ikan Murah LKIM sempena Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 di Bulatan Sultan Azlan Shah di sini hari ini. - Gambar/ Bernama
Had maksimum 50 liter petrol bersubsidi sehari pada harga RM1.65 setakat ini adalah mencukupi untuk keperluan operasi harian kebanyakan nelayan di negara ini.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil berkata pihaknya sedia maklum ada rungutan daripada nelayan yang menyatakan kuota maksimum terbabit tidak mencukupi.
Beliau berkata pemberian subsidi itu tidak bertujuan menanggung keseluruhan kos operasi nelayan setiap kali mereka turun ke laut menangkap ikan.
"Kita kena faham subsidi yang diberikan kerajaan hanya membantu sebahagian perbelanjaan nelayan, bergantung kepada kapasiti bot dan keperluan penggunaan bahan api masing-masing.
“Kalau ada nelayan memerlukan lebih daripada 50 liter sehari, mereka perlu menanggung lebihan kos itu sendiri kerana dasar subsidi ini adalah untuk membantu sebahagian kos sahaja,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Jualan Ikan Murah LKIM sempena Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 di Bulatan Sultan Azlan Shah di sini hari ini. .
Dalam pada itu, Muhammad Faiz berkata bekalan ikan di negara ini ketika ini adalah mencukupi bagi memenuhi permintaan domestik, sekali gus tidak sepatutnya menyebabkan kenaikan harga di pasaran.
"Sekiranya berlaku kenaikan harga ikan, ia lebih berpunca daripada faktor rantaian bekalan seperti logistik dan pengangkutan, bukannya di peringkat nelayan.
“Daripada sudut tangkapan, bekalan ikan adalah mencukupi. Jika harga meningkat, ia berlaku di peringkat lain seperti logistik, bukan di peringkat nelayan,” katanya.
Beliau berkata kerajaan turut menyediakan pelbagai insentif kepada nelayan termasuk bantuan petrol, elaun sara hidup bulanan serta insentif tangkapan bagi menggalakkan peningkatan produktiviti sektor perikanan.
"Usaha itu penting bagi memastikan nelayan terus turun ke laut, selain menjamin bekalan ikan negara kekal stabil dan mencukupi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#subsidi petrol
#bantuan nelayan
#LKIM
#Faiz Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan