awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banyak helah nak balik raya, polis perketat SJR

Bernama
Bernama
12/05/2021
06:43 MYT
Banyak helah nak balik raya, polis perketat SJR
Beliau memaklumkan polis telah mengeluarkan lebih 100,000 kompaun sejak 18 Mac tahun lepas atas pelbagai kesalahan melanggar undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP) norma baharu.- Gambar fail
KULAI: Pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) sempena Aidilfitri terpaksa diperketatkan kerana terdapat banyak helah digunakan oleh orang ramai untuk pulang beraya di kampung halaman.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Abd Rahim Jaafar berkata polis memahami sentimen orang ramai yang terpaksa berbaris atau tersekat lebih dua hingga tiga jam dalam SJR, namun menegaskan tindakan itu perlu dibuat demi memastikan arahan kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dapat dijayakan dengan baik.
"Kita tidak mahu ada yang terlepas dan menipu kita di SJR sebab berbagai taktik yang digunakan oleh orang ramai sekarang, bermacam surat diberikan kepada kita.
"Misalnya, guna pas pekerja untuk balik. Tempoh hari di SJR Bentong (Pahang), terdapat sebuah van membawa 15 orang kononnya hendak pergi kerja di Terengganu tetapi apabila kita buat pemeriksaan lanjut, rupa-rupanya mereka gunakan pas kerja untuk balik raya. Perkara macam ini yang berlaku sekarang. Orang ramai cuba sedaya upaya menggunakan pelbagai taktik," katanya dalam sidang media Op Kontraban di sini hari ini.
Abd Rahim berkata demikian ketika ditanya tentang kemungkinan berlaku lagi konfrontasi pengguna jalan raya dengan pihak polis ekoran kesesakan melampau di SJR, seperti yang tular menerusi media sosial baru-baru ini.
Sementara itu, beliau memaklumkan polis telah mengeluarkan lebih 100,000 kompaun sejak 18 Mac tahun lepas atas pelbagai kesalahan melanggar undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP) norma baharu.
"Kompaun paling banyak adalah berkaitan kesalahan tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal. Pada ketika ini, operasi pematuhan SOP lebih banyak tertumpu kepada kelab malam yang dibuka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SJR
#PKP
#COVID-19
#Sekatan Jalan Raya
#polis
#Aidilfitri
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan