awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OPEC+ tingkatkan pengeluaran minyak Mei ini di tengah krisis tenaga global
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Konflik Asia Barat: Operasi dramatik selamatkan juruterbang AS di kawasan terpencil Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa dikhuatiri lemas selepas cuba selamatkan anak

Bernama
Bernama
26/02/2023
11:31 MYT
Bapa dikhuatiri lemas selepas cuba selamatkan anak
Mangsa dipercayai hilang ketika cuba menyelamatkan anak lelakinya, Muhammad Zafran Aidil, 12, yang hampir lemas. - Foto Sinar Harian
CHUKAI: Kegembiraan empat sekeluarga mandi-manda di Lubuk Tapeng, Air Putih dekat sini, bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus sungai.
Dalam kejadian kira-kira 1.45 tengah hari tadi, mangsa Mohd Mirwan Mohd Remli, 40, yang bekerja sebagai buruh kilang dipercayai hilang ketika cuba menyelamatkan anak lelakinya, Muhammad Zafran Aidil, 12, yang hampir lemas.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata menurut laporan, mangsa bersama isteri serta dua anak lelaki mereka yang tinggal di Kampung Ibok dekat Kijal tiba di lokasi kejadian kira-kira 9.30 pagi tadi.
Bagaimanapun ketika asyik mandi, salah seorang anak lelaki mangsa dibawa arus ke tengah sungai menyebabkan mangsa yang sedang memancing bergegas turun untuk menyelamatkannya.
"Anak mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada dahan pokok berhampiran. Namun pengadu yang juga isteri mangsa panik apabila melihat suaminya tenggelam...tidak timbul-timbul," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Susulan itu, isteri mangsa terus bergegas mendapatkan pertolongan daripada orang kampung dan membuat laporan di balai polis berhampiran.
"Kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan bersama pihak bomba dan agensi penyelamat lain," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bapa dikhuatiri lemas
#Lubuk Tapeng
#Mohd Mirwan Mohd Remli
#selamatkan anak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan