awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa tiri ditahan berhubung kes rogol pelajar Tingkatan Lima

Bernama
Bernama
19/04/2018
10:35 MYT
Bapa tiri ditahan berhubung kes rogol pelajar Tingkatan Lima
Ketua Polis Labuan, Supt. Muhamad Farid Ahmad berkata berdasarkan siasatan awal, mangsa dicabul oleh bapa tirinya sejak dia berusia sembilan tahun. - Gambar hiasan
Seorang bapa tiri berusia 39 tahun ditahan berhubung kes rogol melibatkan pelajar Tingkatan Lima tujuh tahun lepas.
Polis menahan pemandu lori itu di sebuah gudang di sini pada 3.15 petang hari Selasa selepas menerima laporan dari hospital pada 12.15 tengah hari pada hari yang sama.
Ketua Polis Labuan, Supt. Muhamad Farid Ahmad berkata berdasarkan siasatan awal, mangsa dicabul oleh bapa tirinya sejak dia berusia sembilan tahun.
"Mangsa menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan ibunya kerana takut dan kasihankan ibunya memandangkan bapa tirinya adalah pencari nafkah tunggal bagi keluarga," kata beliau kepada pemberita hari ini.
Farid berkata perkara itu terbongkar selepas dia menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital selepas mengadu pening, sakit perut, muntah dan doktor kemudian mengesahkan bahawa dia hamil lima minggu.
Suspek ditahan reman selama empat hari bermula Rabu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital
#mangsa
#Muhamad Farid Ahmad
#pelajar
#polis
#rogol
#siasatan
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan