awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa tiri, ibu kanak-kanak mangsa dera Ampang ditahan

Astro Awani
Astro Awani
12/11/2018
06:15 MYT
Bapa tiri, ibu kanak-kanak mangsa dera Ampang ditahan
SAC Fadzil Ahmat memaklumkan dua suspek dera telah ditahan pagi tadi. -Gambar fail
Polis berjaya menahan ibu kandung dan bapa tiri kanak kanak berusia tiga tahun yang meninggal dunia dipercayai akibat didera pada Khamis.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, kedua-dua suspek ditahan kira kira jam 11 pagi tadi di Hospital Kajang.
Suspek lelaki yang juga bapa tiri mangsa berusia 31 tahun itu ditahan ketika hendak melawat isterinya yang berusia 20 tahun di hospital berkenaan.
Siasatan awal mendapati isterinya telah melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah rumah inap desa di kawasan Hulu Langat pagi tadi.
Bagaimanapun beliau terpaksa dibawa ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan.
Kedua-dua suspek akan direman esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Pada 8 November lalu, seorang kanak kanak lelaki berusia tiga tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Ampang.
Mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kepala, badan serta perut dipercayai didera.
Topic Berkaitan
#Ampang
#bersalin
#cedera
#dera
#Hospital Kajang
#inap desa
#jenayah
#Kanak Kanak
#kejam
#PDRM
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#Tahan
#tiga tahun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan