awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa tumbuk anak direman tujuh hari

Sinar Harian
Sinar Harian
31/10/2023
10:05 MYT
Bapa tumbuk anak direman tujuh hari
Suspek dikatakan secara tiba-tiba bertindak menumbuk dan menendang bahagian belakang badan mangsa hingga mengakibatkan kecederaan tisu lembut pada bahagian belakang badan dan paha.- Gambar hiasan
GERIK: Seorang bapa kandung yang menumbuk dan menendang anak lelakinya berusia 12 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Perah, dekat sini direman selama tujuh hari.
Perintah reman ke atas lelaki berusia 37 tahun itu bermula pada Selasa sehingga Isnin depan.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, tahanan reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan cuai dan pengabaian kanak-kanak.
"Suspek telah ditangkap semalam (Isnin) dan perintah tahanan reman diperoleh selama tujuh hari.
"Siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian sebelum kertas siasatan diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwaan Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Dalam kejadian sekitar jam 5 petang Ahad, suspek dikatakan secara tiba-tiba bertindak menumbuk dan menendang bahagian belakang badan mangsa hingga mengakibatkan kecederaan tisu lembut pada bahagian belakang badan dan paha.
Lelaki itu juga bertindak melibas parang yang berada di tangannya hingga hampir mengenai mangsa.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tumbuk anak
#tendang anak
#Gerik
#bapa direman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan