awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bauksit: Dua lagi pegawai PTG Pahang akan didakwa esok - SPRM

Bernama
Bernama
17/01/2016
10:50 MYT
Bauksit: Dua lagi pegawai PTG Pahang akan didakwa esok - SPRM
Menurut jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 24 akta sama. - Foto BERNAMA
Dua lagi pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini esok atas pertuduhan rasuah berkaitan perlombongan bauksit.
Menurut jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 24 akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi dan penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Pada 13 Jan lepas, dua pegawai jabatan itu iaitu Penolong Pegawai Tanah Fadly Ab Malek, 35, dan Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Syed Umar Khalil Syed Khalid, 34, telahpun dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menerima rasuah daripada seorang pelombong haram bauksit.
Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 seorang sementara menunggu sebutan semula kes pada 5 Feb depan.
Sehingga kini, SPRM telah menahan dan memanggil untuk direkodkan percakapan seramai 14 orang iaitu 10 pegawai PTG Pahang dan empat orang awam bagi membantu siasatan kes rasuah perlombongan bauksit.
Topic Berkaitan
#bauksit
#Mahkamah Sesyen
#Pahang
#PTG
#Rasuah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan