awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas penjaga gol Arsenal dan Liverpool, Alex Manninger, maut dalam nahas
Pengeluaran dron Iran meningkat 10 kali ganda sejak perang - Pegawai Tentera
Israel dan Lubnan setuju gencatan senjata selama 10 hari - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bawa balik teman lelaki, tapi kantoi bersama bekas suami

Sinar Harian
Sinar Harian
13/03/2018
06:38 MYT
Bawa balik teman lelaki, tapi kantoi bersama bekas suami
Serbuan dilakukan selepas menerima maklumat awam memaklumkan wanita berusia 37 tahun itu didapati sering membawa lelaki tidak dikenali masuk ke rumah sewanya tidak kira siang mahupun malam. - Foto Sinar Harian
Tindakan tidak bermoral seorang wanita yang sering membawa teman lelaki balik rumah terbongkar selepas rumah sewanya di Kijal, Kemaman diserbu penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), pada Khamis lalu.
Serbuan dilakukan selepas menerima maklumat awam memaklumkan wanita berusia 37 tahun itu didapati sering membawa lelaki tidak dikenali masuk ke rumah sewanya tidak kira siang mahupun malam.
Bagaimanapun, menurut sumber, semasa serbuan, didapati wanita itu bersama bekas suaminya, 34 tahun, dan tiga kanak-kanak yang dipercayai anak mereka.
"Soal siasat mendapati wanita itu sebenarnya sudah bercerai dengan bekas suaminya sejak lima tahun lalu.
"Selepas dipaksa, wanita itu turut mengaku dalam masa sama sering membawa teman lelakinya masuk ke dalam rumah itu.
"Bagaimanapun, wanita tersebut merayu agar tidak diberitahu kepada bekas suaminya kerana memberi alasan hendak membina hidup baru bersama lelaki itu," katanya.
Sumber berkata, namun, semasa keterangan kedua-duanya diambil, wanita itu mengaku tidak mahu berkahwin dengan bekas suaminya lagi.
"Wanita itu menjelaskan yang hubungan mereka tidak direstui keluarga bekas suaminya yang kini bekerja di Kedah, dan akan datang ke rumah itu sekali sekala sahaja.
"Kata wanita itu lagi, secara kebetulan semasa serbuan ini, bekas suaminya datang melawat dia dan anak-anak," katanya.
Sementara itu, Pesuruhjaya JHEAT Wan Ismail Sahaimi Wan Omar ketika dihubungi mengesahkan tangkapan pasangan itu.
Jelasnya, kedua-duanya akan didakwa kerana kesalahan berkhalwat.
Topic Berkaitan
#JHEAT
#Kemanan
#khalwat
#Kijal
#serbuan
#teman lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan