awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bawa pulang pelajar: KPT dapatkan pandangan Kementerian Luar

Bernama
Bernama
03/03/2026
16:10 MYT
Bawa pulang pelajar: KPT dapatkan pandangan Kementerian Luar
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata sebarang urusan berkaitan krisis luar negara akan diterajui oleh Kementerian Luar selaku kementerian utama yang menyelaras hal ehwal diplomatik dan keselamatan di peringkat antarabangsa. - Gamb
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan petunjuk daripada Kementerian Luar sebelum memutuskan sebarang tindakan lanjut berhubung langkah membawa pulang pelajar Malaysia yang berada di kawasan konflik di Asia Barat.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata sebarang urusan berkaitan krisis luar negara akan diterajui oleh Kementerian Luar selaku kementerian utama yang menyelaras hal ehwal diplomatik dan keselamatan di peringkat antarabangsa.
"Apa-apa pun kita akan mendapat clue (petunjuk) daripada Kementerian Luar," katanya selepas Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sultan Ibrahim yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di sini hari ini.
Zambry berkata setakat ini KPT terus memantau situasi di rantau tersebut dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan pelajar Malaysia.
Beliau berkata setakat semalam, hanya enam pelajar Malaysia yang masih berada di Iran dan kesemua mereka merupakan pelajar persendirian.
"Tahun lepas kita ada 13 orang (di Iran), namun setakat semalam kita dimaklumkan ada enam orang sahaja," katanya sambil menambah jumlah itu jauh lebih kecil berbanding di Jordan yang mencecah 1,700 orang.
Selain Jordan, tumpuan pelajar Malaysia di rantau tersebut turut melibatkan negara seperti Mesir dan Arab Saudi.
Zambry berkata kementeriannya akan sentiasa berkongsi perkembangan terkini mengenai status pelajar-pelajar berkenaan dari semasa ke semasa.
Terdahulu, beliau dilaporkan berkata pelajar Malaysia di enam negara Asia Barat secara umumnya dalam keadaan selamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bawa pulang pelajar
#KPT
#konflik Asia Barat
#Zambry Abd Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan