awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2,000 maut sejak konflik tercetus di Lubnan – Kementerian Kesihatan
Aplikasi pemesejan XChat diperkenal, saingi WhatsApp dan Telegram
Waspada peralihan monsun aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayaran balik cukai mula dikredit secara berperingkat mulai minggu kedua Mac 2026 - LHDN

Bernama
Bernama
06/03/2026
15:33 MYT
Bayaran balik cukai mula dikredit secara berperingkat mulai minggu kedua Mac 2026 - LHDN
LHDN menasihati pembayar cukai untuk memastikan maklumat akaun bank yang dilaporkan kepadanya adalah tepat dan terkini bagi memastikan bayaran balik dapat diproses dengan lancar.

Bayaran balik cukai kepada pembayar yang layak dan telah selesai diproses akan mula dikreditkan secara berperingkat pada minggu kedua Mac 2026, demikian menurut kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada Jumaat.

LHDN memaklumkan, bayaran balik itu melibatkan pembayar cukai individu yang telah mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi Tahun Taksiran 2025 selaras dengan pembukaan perkhidmatan e-Filing mulai 1 Mac lepas.

"Selaras dengan Piagam Pelanggan LHDN, bayaran balik cukai bagi BNCP yang dihantar melalui e-Filing akan diproses dalam tempoh sehingga 30 hari bekerja manakala bagi BNCP yang dihantar secara manual pula, tempoh pemprosesan ialah sehingga 90 hari bekerja.

"Bagaimanapun, sekiranya maklumat yang dikemukakan oleh pembayar cukai adalah lengkap dan tepat serta tidak memerlukan semakan lanjut, bayaran balik cukai akan diproses lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, LHDN menasihati pembayar cukai untuk memastikan maklumat akaun bank yang dilaporkan kepadanya adalah tepat dan terkini bagi memastikan bayaran balik dapat diproses dengan lancar.

"LHDN komited untuk terus menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada pembayar cukai serta memastikan urusan percukaian dilaksanakan secara cekap dan efisien," katanya.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#LHDN
#Bayaran Balik
#e-filing
#cukai individu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan