awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi 10 bulan maut dalam jagaan pengasuh

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
12/03/2020
13:52 MYT
Bayi 10 bulan maut dalam jagaan pengasuh
Pihak hospital menerima bayi itu dalam keadaan yang tidak sedarkan diri. - Gambar hiasan
Polis menahan seorang wanita warga Thailand bagi menyiasat kematian bayi lelaki berusia 10 bulan di Taman Sri Indah, Serdang, pada Rabu.
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan, mangsa dihantar ke rumah pengasuh pada sebelah pagi oleh ibunya dalam keadaan yang sihat.
"Bagaimanapun, pada sebelah petang pengasuh memaklumkan mangsa berada dalam keadaan lemah sekaligus bapanya membawa bayi tersebut dari rumah pengasuh ke Bahagian Kecemasan Hospital Serdang.
"Pihak hospital menerima bayi itu dalam keadaan yang tidak sedarkan diri dan bantuan pernafasan telah diberikan namun mangsa gagal diselamatkan serta disahkan meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Ismadi berkata bedah siasat telah dilakukan pada Khamis di Forensik Hospital Serdang mendapati punca kematian adalah disebabkan 'kecederaan bahaian abdomen akibat objek tumpul'.
Susulan itu, polis telah menahan pengasuh wanita warga Thailand yang telah berkahwin dengan warga tempatan berusia 30-an untuk siasatan lanjut.
"Kedua ibu bapa mangsa bekerja dan telah lama mengenali pengasuh.
"Permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Petaling Jaya akan dipohon esok (Jumaat)," jelasnya.
Topic Berkaitan
#bahagian kecemasan hospital serdang
#bayi maut
#forensik
#Ismadi Borhan
#mahkamah
#PDRM
#polis
#wanita warga thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan