awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Iran sahkan penyertaan Tehran dalam rundingan di Islamabad
Semua calon cemerlang 10A SPM 2025 ditawar program matrikulasi - KPM
Konflik Asia Barat: Pengeksport Malaysia digesa amalkan pendekatan proaktif, adaptif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi perempuan bertali pusat ditemui di lobi Hospital Taiping

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
02/07/2017
07:17 MYT
Bayi perempuan bertali pusat ditemui di lobi Hospital Taiping
Bayi perempuan tersebut ditemui oleh seorang pengawal keselamatan berusia 52 tahun yang bertugas di hospital berkenaan. - Gambar Astro AWANI
Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat dan sempurna ditemui di atas bangku di Poliklinik Hospital Taiping, di sini pada malam Sabtu.
Dalam kejadian sekitar 9.30 malam itu, bayi perempuan tersebut ditemui oleh seorang pengawal keselamatan berusia 52 tahun yang bertugas di hospital berkenaan.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata pengawal tersebut kemudian bertindak membuat laporan polis berkenaan penemuan bayi cukup sifat itu.
"Menurut laporan, bayi tersebut ditemui dalam sebuah beg berwarna biru muda yang berisi lampin pakai buang Mamy Pokok, satu set pakaian bayi,dan tuala di atas kerusi di Lobi Poliklinik Hospital Taiping.
"Ketika ditemui, bayi berkenaan masih hidup, mempunyai tali pusat yang masih merah dan sudah dipotong tetapi belum diikat,"katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Harrith berkata buat masa ini bayi berkenaan telah diserahkan kepada hospital untuk penjagaan.
Menurut beliau, kes akan disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
"Pihak polis meminta orang awam atau sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan ibu atau keluarga kepada bayi berkenaan untuk berhubung dengan pegawai penyiasat atau polis di IPD Taiping," tambahnya.
Topic Berkaitan
#buang bayi
#Hospital Taiping
#Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan