awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi perempuan ditemui di laluan pejalan kaki

Bernama
Bernama
12/09/2018
13:47 MYT
Bayi perempuan ditemui di laluan pejalan kaki
Bayi seberat 2.45kg yang lahir cukup usia kandungan dan sifat itu dianggar dilahirkan dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui. - Gambar hiasan
Seorang bayi perempuan yang diletakkan di dalam sebuah beg ditemui di laluan pejalan kaki di jejantas Jalan Kampung Pandan off Jalan Imbi di sini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharuddin Abdullah berkata bayi yang masih mempunyai tali pusat itu ditemui tiga pekerja kontraktor pembersihan pada Ahad lalu.
"Mereka menemui beg berwarna hitam di laluan pejalan kaki di jejantas itu dan pemeriksaan membawa kepada penemuan bayi yang dibalut dengan kain batik," katanya dalam kenyataan hari ini. Bayi itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.
Shaharuddin berkata bayi seberat 2.45 kilogram yang lahir cukup usia kandungan dan sifat itu dianggar dilahirkan dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui, dan kini ditempatkan di Wad Kanak-Kanak HKL sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Afrizal Aizat Md Ariff di talian 012-7883138. -- Bernama
Topic Berkaitan
#buang bayi
#jalan kampung pandan
#jumpa bayi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan