awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OPEC+ tingkatkan pengeluaran minyak Mei ini di tengah krisis tenaga global
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Konflik Asia Barat: Operasi dramatik selamatkan juruterbang AS di kawasan terpencil Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi setahun maut kemalangan di Gerik

Bernama
Bernama
07/06/2019
09:24 MYT
Bayi setahun maut kemalangan di Gerik
Ketika sampai di tempat kejadian, pemandu Myvi dipercayai hilang kawalan dan terbabas. - Gambar hiasan
Seorang bayi perempuan berusia setahun maut, manakala tiga anggota keluarganya parah selepas kenderaan dinaiki terlibat kemalangan jalan raya di Kilometer 54 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Gerik Supt Ismail Che Isa berkata kemalangan kira-kira pukul 10 malam itu membabitkan kenderaan pelbagai guna jenis Perodua Alza dan sebuah Perodua Myvi.
Beliau berkata bayi yang maut dikenali sebagai Syifaa Thahirah Omar Shaferee, 12 bulan, manakala yang parah ibunya, Sarkhiyah Manshor, 37, kakak Syaza Thoyyibah, 11, dan abangnya Ammar Syazwan, 9, sementara ayahnya pemandu Alza, Omar Shaferee Mamat tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Pemandu Myvi, Haslina Mohd Nawi @ Yusoff, 32, hanya mengalami cedera ringan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya semasa kemalangan, kereta yang dipandu oleh Haslina dalam perjalanan dari arah Jeli ke Gerik manakala lima sekeluarga yang menaiki Alza dalam perjalanan dari arah bertentangan.
"Hasil siasatan awal mendapati ketika sampai di tempat kejadian pemandu Myvi dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu memasuki ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Alza dari arah bertentangan," katanya sambil menambah semasa kejadian keadaan jalan basah akibat hujan renyai-renyai.
Semua yang cedera dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#bayi
#Gerik
#gerik-jeli
#hilang kawalan
#hujan
#Ismail Che Isa
#jalan basah
#Jalan Raya Timur Barat
#kemalangan
#maut
#polis
#siasatan
#terbabas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan