awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GSF 2.0: Pelayar berusaha bolos sekatan di Gaza - ZRA
Education Must Win: MCPlus bantu 30,000 pelajar lonjak gred SPM
30 maut dalam rempuhan di tapak UNESCO Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BBC sokong langkah intervensi kerajaan ringankan beban rakyat sempena Aidilfitri

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
19/03/2026
15:00 MYT
BBC sokong langkah intervensi kerajaan ringankan beban rakyat sempena Aidilfitri
Dr Zaliha berkata, langkah seperti pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus dengan implikasi kewangan sehingga RM21.03 juta memberi kelegaan kepada rakyat yang pulang ke kampung halaman. - Gambar fail/Bernama

Kelab Penyokong Kerajaan MADANI (BBC) menyokong penuh langkah intervensi bersasar yang dilaksanakan kerajaan bagi meringankan beban rakyat menjelang sambutan Aidilfitri.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, berkata pendekatan diambil kerajaan memperlihatkan satu kerangka tersusun dan berfokus dalam menangani kos sara hidup, selain memastikan momentum pemulihan ekonomi rakyat terus diperkukuh.

Menurutnya, langkah seperti pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus dengan implikasi kewangan sehingga RM21.03 juta memberi kelegaan kepada rakyat yang pulang ke kampung halaman.

"Selain itu, pelaksanaan pelepasan kebankrapan secara fast track kepada kira-kira 4,000 individu mencerminkan pendekatan progresif dan berperikemanusiaan kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

Zaliha berkata, bayaran awal Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada 5.2 juta penerima, bantuan khas kepada penjawat awam, pesara serta golongan agamawan turut membuktikan pendekatan menyeluruh kerajaan dalam aspek kebajikan sosial.

Katanya, pelaksanaan kawalan harga dan jaminan bekalan sepanjang Ramadan juga membantu memastikan kestabilan pasaran serta mengurangkan tekanan inflasi bermusim.

"Keseluruhan pakej ini menunjukkan keupayaan kerajaan menyelaras dasar fiskal dan sosial secara serentak dengan impak langsung kepada rakyat," katanya.

Tambah beliau, langkah berkenaan selaras dengan prinsip MADANI yang menekankan nilai ihsan dan berorientasikan rakyat, khususnya dalam menghadapi cabaran ekonomi global ketika ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat agar terus mengamalkan perbelanjaan berhemah dan pengurusan kewangan yang baik bagi memaksimumkan manfaat daripada inisiatif disediakan kerajaan.

Topic Berkaitan
#sara hidup
#madani
#bbc
#Str
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan