BDR: Lebih 150,000 penyertaan, penjimatan minyak lebih RM600,000

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pelaksanaan dasar itu telah memberi impak ketara dari segi penjimatan kos bahan api negara. - Foto Bernama
Pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (BDR) merekod penyertaan 155,000 penjawat awam sejak ia diperkenalkan.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pelaksanaan dasar itu telah memberi impak ketara dari segi penjimatan kos bahan api negara.
Katanya, ini menunjukkan keberkesanan awal dasar BDR dalam mengurangkan pergerakan harian, sekali gus membantu menjimatkan penggunaan tenaga dan kos operasi.
“Sejak 15 April sehingga semalam, kita menganggarkan penjimatan sebanyak 334,000 liter minyak, bersamaan kira-kira RM678,000,” katanya dalam sidang media mingguan kementerian, pada Rabu.
Dalam masa sama, beliau memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) supaya mendapatkan maklumat tambahan daripada sektor swasta bagi membolehkan kerajaan melihat gambaran keseluruhan penjimatan negara secara lebih menyeluruh.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
