awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beberapa kakitangan, pesakit hospital Klang dijangkiti COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
17/12/2020
11:46 MYT
Beberapa kakitangan, pesakit hospital Klang dijangkiti COVID-19
HTAR ketika ini mempunyai 1,094 katil dan menerima pesakit paling ramai antara semua hospital KKM di Selangor.
KUALA LUMPUR:Beberapa kakitangan dan pesakit Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang yang disahkan positif COVID-19 baru-baru ini mencetuskan kebimbangan kewujudan 'kluster baharu' di hospital itu.
Memetik laporan Malaysiakini, pesakit yang sebelum ini disahkan negatif ujian COVID-19 ketika dimasukkan, bagaimanpun mula menunjukkan gejala virus itu selepas ditempatkan di hospital tersebut beberapa hari kemudian.
Ujian saringan susulan mendapati mereka positif jangkitan itu.
Menurut beberapa sumber, kakitangan hospital dan pesakit itu dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.
Juga difahamkan wakil-wakil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menghadiri taklimat berhubung kemungkinan berlakunya penularan di hospital itu.
Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dr Sha’ari Ngadiman ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan taklimat tersebut.
“Saya ambil maklum ada kes (melibatkan jururawat dan pesakit terkena COVID-19) di sana.
“Sebab itu, orang kementerian tengah ke sana dan dapatkan penjelasan lanjut dengan pihak hospital HTAR. Jadi saya tak boleh nak beri komen lanjut,” katanya.
Sebelum ini, sumber hospital mendedahkan kepada portal tempatan itu bahawa terdapat lebih 40 kakitangan HTAR termasuk doktor, jururawat dan pembantu perubatan serta 50 pesakit positif COVID-19, sejak tiga minggu lalu.
Jelas sumber, perkara itu turut berlaku di beberapa hospital awam di Selangor.
Pun begitu, masih tidak jelas sama ada jangkitan itu berlaku di hospital atau pesakit yang terkesan dengan wabak tersebut sebelum ke hospital terbabit.
Ada juga dakwaan yang mendakwa, penularan itu berikutan keadaan wad yang sesak.
HTAR ketika ini mempunyai 1,094 katil dan menerima pesakit paling ramai antara semua hospital KKM di Selangor.
Pada Mac lalu, dilaporkan terdapat beberapa kes jangkitan dilaporkan di hospital tersebut yang menyebabkan waktu lawatan dihadkan.
Topic Berkaitan
#Hospital Tengku Ampuan Rahimah
#Hospital Klang
#COVID-19
#Kluster baharu
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#Noor Hisham Abdullah
#pesakit positif
#Pejabat Kesihatan Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan