awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Atlet biathlon Norway raih gangsa, akui curang secara langsung di TV
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beberapa stesen ditutup susulan gangguan sistem kawalan automatik LRT Laluan Kelana Jaya

Astro Awani
Astro Awani
08/11/2022
14:37 MYT
Beberapa stesen ditutup susulan gangguan sistem kawalan automatik LRT Laluan Kelana Jaya
Rapid Rail akan memaklumkan status perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya dari masa ke semasa kepada orang awam menerusi saluran-saluran media sosial dan media massa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya yang tergendala akibat masalah sistem pemanduan automatik sejak petang Selasa menyebabkan ia itu terpaksa ditamatkan lebih awal.
Menerusi pengumuman rasmi Rapid KL di media sosialnya Selasa malam, perkhidmatan ditamatkan pada jam 11 malam dan bas perantara dilanjutkan sehingga jam 12 tengah malam.
Terdahulu Rapid Rail memaklumkan, perkhidmatan LRT dari Stesen Gombak ke Stesen Damai dan Stesen Ara Damansara ke Stesen Putra Height berjalan seperti biasa.
BACA: Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen Ampang Park ditutup sementara
BACA: LRT Laluan Kelana Jaya alami masalah sistem pemanduan automatik
"Perkhidmatan bas perantara percuma di antara Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park telah disediakan bagi memudahkan pergerakan penumpang yang terkesan daripada gangguan perkhidmatan ini.
"Perkhidmatan bas perantara akan dilanjutkan sehingga 12 tengah malam bagi menampung penumpang.
"Pasukan kejuruteraan dan teknikal Rapid Rail, dibantu oleh pihak Thales Group di Canada selaku pengilang peralatan asal atau OEM, sedang giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar gangguan tersebut.
"Setakat ini, apa yang diketahui adalah terdapat gangguan kepada komponen elektronik sistem kawalan tren automatik atau ATC yang menyebabkan kehilangan signal di antara pusat kawalan dan juga tren.
"Ini menyebabkan tren-tren tidak dapat beroperasi secara automatik di antara Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park," kata Rapid Rail menerusi satu kenyataan Selasa malam.
Rapid Rail akan memaklumkan status perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya dari masa ke semasa kepada orang awam menerusi saluran-saluran media sosial dan media massa.
Topic Berkaitan
#LRT
#laluan Kelana Jaya
#stesen lrt ditutup
#bas perantara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan