awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM ucap selamat menyambut Hari Easter kepada penganut Kristian
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air berjadual di Kluang, Pontian ditamatkan

Bernama
Bernama
21/02/2026
02:19 MYT
Bekalan air berjadual di Kluang, Pontian ditamatkan
Pengguna dinasihatkan terus mengamalkan penggunaan air secara berhemah bagi memastikan kelestarian sumber air dan kestabilan bekalan pada masa hadapan. - Gambar hiasan
Pelaksanaan Bekalan Air Berjadual di Kluang dan Pontian sejak 7 Feb ditamatkan sepenuhnya berkuat kuasa semalam.
Operator air Johor Ranhill SAJ memaklumkan keputusan itu susulan perkembangan positif paras air di Empangan Machap selain loji rawatan air kini kembali beroperasi secara optimum selepas tempoh pemantauan rapi.
“Sehubungan itu, bekalan air terawat telah disalurkan seperti biasa kepada semua pengguna di kawasan terlibat,” menurut syarikat itu menerusi kenyataan.
Ranhill SAJ merakamkan penghargaan atas kesabaran dan kerjasama pengguna sepanjang tempoh pelaksanaan bekalan air berjadual itu.
“Pengguna dinasihatkan terus mengamalkan penggunaan air secara berhemah bagi memastikan kelestarian sumber air dan kestabilan bekalan pada masa hadapan,” menurut kenyataan itu.
Ranhill SAJ memaklumkan pemantauan berterusan akan dilaksanakan terhadap paras empangan dan operasi sistem bekalan air bagi memastikan perkhidmatan kekal stabil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan air berjadual
#loji rawatan
#empangan
#paras air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan